Zon pesisir atau
zon litoral adalah sebahagian daripada laut, tasik atau sungai yang dekat dengan daratan. Di persekitaran pantai zon litoral memanjang dari
tikas air pasang, yang jarang dibanjiri, ke kawasan garis pesisir yang tenggelam secara kekal. Ia sentiasa meliputi
zon pasang surut dan sering digunakan dengan maksud yang sama dengan zon pasang surut. Namun, makna "zon litoral" boleh meluas jauh dari zon pasang surut.Tidak terdapat definisi tunggal. Apa yang dianggap sebagai zon litoral sepenuhnya, dan cara zon litoral dibahagikan kepada wilayah-wilayah kecil, berbeza dalam konteks yang berlainan (tasik dan sungai mempunyai definisinya sendiri). Penggunaan istilah ini juga berbeza dari satu bahagian dunia ke dunia lain, dan antara tatatertib yang berlainan. Sebagai contoh, para panglima tentera membicarakan tentang litoral dalam cara yang agak berlainan dari ahli biologi marin.Keadaan sekeliling air memberikan beberapa ciri khas kepada wilayah litoral. Kuasa
hakisan air mengakibatkan jenis-jenis
bentuk muka bumi terbentuk, seperti
gumuk, dan
muara. Pergerakan semulajadi litoral disepanjang pantai dipanggil
hanyutan susur pesisir. Secara biologinya, ketersediaan air membolehkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan semakin bertambah, dan terutamanya pembentukan
tanah lembap yang meluas. Disamping itu,
kelembapan tambahan disebabkan penyejatan biasanya menghasilkan
iklim mikro yang menyokong jenis organisma yang unik.Perkataan littoral digunakan sebagai
kata nama dan
kata adjektif. Ia berasal dari kata nama
Latin litus, litoris, bermaksud "pantai". (Huruf dua 't' adalah inovasi akhir abad pertengahan dan perkataan itu kadangkala dilihat dalam ejaan 'litoral' yang lebih klasik.)